Taip di sini. Google akan membantu anda...

5:04 PM

Rekod Pencapaian Handball Samarahan

Posted by kiasmay

Pencapaian Ketegori Sekolah Rendah 12 TKB


2003 - Lelaki Tempat kedua di belakang Kapit & Perempuan Tempat Kedua Limbang(waktu itu masih kuching samarahan) di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Kapit. Pemain Utama waktu itu ialah Nurcahayarani, Alvin...(kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh & Muhamad Bin Kassim

2004 - Lelaki Tempat kedua di belakang Miri & Perempuan Tempat Kedua di belakang Limbang di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Mukah. Pemain Utama waktu itu ialah Mazawi, Amirudin, Dayang Nurfazreen, Azizah dan Adilla(kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh & Muhamad Bin Kassim

2005 - Lelaki Tempat ketiga di belakang Miri dan Kuching & Perempuan Tempat Pertama di hadapan Miri dan Kuching di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Sarikei. Pemain Utama waktu itu ialah Siti Amira, Adilla, Bustaman, Azarudin(kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh & Muhamad Bin Kassim Perempuan 12 TKB Pertama kali mewakili Sarawak ke kejohanan Bola Baling Kebangsaan di Cheras, Kuala Lumpur. Cabaran Sarawak yang diwakili kebanyakannya pemain Samarahan berakhir di suku akhir. Pada peringkat Kumpulan Sarawak berjaya menewaskan Melaka & Terengganu dan bertemu Kedah pada perlawanan suku Akhir.

2006 - Lelaki Tempat Pertama di hadapan Kuching dan Miri & Perempuan Tempat Pertama di hadapan Kuching & Sarikei di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Samarahan. Pemain Utama waktu itu ialah Karul Adi, Awang Sahrul, Faridzuan, Rogayah, Rosnani(kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh, Muhamad Bin Kassim & Aini Suaidi. Pasukan Lelaki 12TKB dipilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Baling di Seremban, Negeri Sembilan. Pada peringkat kumpulan pasukan Sarawak telah tersingkir untuk cabaran seterusnya setelah tewas dengan Terengganu dan Negeri sembilan.

2007 - Lelaki Tempat Kedua di belakang Miri & Perempuan Tempat Pertama di hadapan Miri & Kuching di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Sarikei. Pasukan Perempuan 12TKB dipilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Baling di Kota Kinabalu, Sabah. Pemain Utama waktu itu ialah Rosnani, Liyana(kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh, Muhamad Bin Kassim & Aini Suaidi. Pada peringkat kumpulan pasukan Sarawak telah tersingkir untuk cabaran seterusnya. Sarawak satu kumpulan dengan Terengganu & Perak. Pada peringkat kumpulan Sarawak tertinggal 9 - 11 dengan Terengganu , Seri dengan Perak (3 - 3) dan Terengganu kalah kepada Perak. Waktu itu Sarawak mempunyai pemain yang hebat seperti Rosnani & Liyana tetapi malangnya perancangan tidak berjalan lancar kerana pertemuan penting Sarawak & Perak hujan turun dengan lebatnya menyebabkan Rosnani tidak dapat bergerak dengan sempurna dan menyebabkan kecederaan pada kakinya.

2008 - Lelaki Tempat Pertama di hadapan Kuching dan Miri & Perempuan Tempat Pertama di hadapan Miri & Kuching di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Betong. Pemain Utama waktu itu ialah Azri, Kasum, (kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh, Muhamad Bin Kassim, Aini Suaidi & Vincen. Pasukan Lelaki & Perempuan 12TKB dipilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Baling di Melaka. Pada peringkat kumpulan pasukan Lelaki Sarawak telah tersingkir untuk cabaran seterusnya setelah seri (11 - 11)dengan Kuala Lumpur dan tewas dengan Kelantan (14 - 8). Manakala Cabaran Pasukan Perempuan berakhir di suku akhir. Pada peringkat kumpulan, Sarawak menang dengan Sabah dan Melaka(tak ingat nanti tanya cikgu mad...)Sarawak tewas dengan Terengganu padu suku akhir (5 - 7)....pengalaman mengurangi kemampuan...

2009 - Lelaki Tempat Pertama di hadapan Miri dan Kapit & Perempuan Tempat Kedua di Belakang Miri di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Miri. Pemain Utama waktu itu ialah Azuan, Suriana, Hamiza, Linda, Nina(kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh, Muhamad Bin Kassim, Aini Suaidi & vincen. Pasukan Lelaki & Perempuan 12TKB dipilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Baling di Alor Star, Kedah. Pada peringkat kumpulan pasukan Lelaki Sarawak telah tersingkir untuk cabaran seterusnya setelah tewas dengan Pahang (5 - 6)dan Perlis (5 - 7). Manakala Pasukan Perempuan Sarawak dikendali jurulatih Miri juga tersingkir pada peringkat kumpulan.

2010 - Lelaki Tempat kedua di belakang Miri & Perempuan Tempat Ketiga di belakang Miri dan Kapit di Kejohanan Bola Baling Negeri Sarawak Anjuran PPD Sri Aman. Pemain Utama waktu itu ialah Awang Fadhullah, (kalau ada yang ingat beritahu...)dan Jurulatihnya ialah Ustaz Mohd Hamami Bin Salleh, Muhamad Bin Kassim, Aini Suaidi, Hamid & Shamsur. Tiada penyertaan peringkat kebangsaan - alasan biasa - tiada duit. benar ndak ka...




Pencapaian Kategori Sekolah Menengah


Pencapaian Kekejohanan Hanball Terbuka Sarawak