Taip di sini. Google akan membantu anda...

12:11 PM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BOLA BALING SAMARAHAN

Posted by kiasmay

UNDANG – UNDANG DAN PERLEMBAGAAN BAGI

PERSATUAN BOLA BALING SAMARAHAN

FASAL 1 NAMA

Nama pertubuhan ini ialah Persatuan Bola Baling Samarahan selepas ini disebut “Persatuan”.

FASAL 2 ALAMAT BERDAFTAR / POS

(1) Alamat berdaftarnya ialah d/a Second Floor, No.1, Lot 2318, Blok 1, Taman Desa Ilmu, Jln Dato Mohamad Musa, 94300 Samarahan Sarawak.

(2) Alamat posnya ialah d/a Second Floor, No.1, Lot 2318, Blok 1, Taman Desa Ilmu, Jln Dato Mohamad Musa, 94300 Samarahan Sarawak.

(3) Alamat berdaftar / posnya tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN – TUJUAN

Tujuan-tujuannya ialah seperti berikut :-

(a) bertindak sebagai badan pengelola bagi aktiviti sukan Bola Baling di peringkat Samarahan dan mempunyai kuasa dalam sukan ini bagi peringkat Bahagian Samarahan.

(b) menggalakkan dan membangunkan sukan Bola Baling di peringkat Bahagian Samarahan.

(c) Mewakili Bahagian Samarahan/Sarawak dalam mana-mana pertandingan sukan Bola Baling.

(d) Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawal selian antarabangsa bagi sukan Bola Baling.

Atau :-

Untuk mengekalkan hubungan dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawal seliaan kebangsaan dan negeri bagi sukan Bola Baling.

f) mengadakan kutipan wang dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak yang berkuasa.

FASAL 4 KELAYAKAN MENJADI AHLI

4.1 Ahli Gabungan – Keahlian Persatuan terbuka kepada Persatuan Persatuan Sukan dan Permainan di peringkat Bahagian Samarahan yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang.

4.2 Ahli Bersekutu – Keahlian Persatuan terbuka kepada kelab-kelab atau persatuan-persatuan sukan di peringkat Bahagian Samarahan yang sah di sisi undang-undang dan menjalankan sukan Bola Baling.

4.3 Ahli Biasa – Keahlian Persatuan terbuka kepada individu-individu yang berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia.

4.4 Menggalakkan dan membangunkan sukan Bola Baling di peringkat Samarahan.

4.5 Mewakili Bahagian Samarahan dalam mana-mana pertandingan sukan Bola Baling.

4.6 Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawal selian antarabangsa bagi sukan Bola Baling,

Atau :

Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawal selian kebangsaan dan negeri bagi sukan Bola Baling.

4.7 Untuk memastikankan bahawa perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan Bola Baling dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.

4.8 Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambahkan kewangan Persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.

4.9 Mengeratkan tali silaturahim antara ahli-ahli persatuan di samping menjaga kebajikan ahlinya.

FASAL 5 LAMBANG

(1) Lambang persatuan ini adalah seperti berikut :

FASAL 6 PERMOHONAN MENJADI AHLI

6.1 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

6.2 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan/tahunan pertama seperti yang ditentukan, diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

6.3 Ahli Gabungan

Keahlian Persatuan terbuka kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Permainan di Peringkat Bahagian Samarahan yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang.

6.4 Ahli Bersekutu

Keahlian Persatuan terbuka kepada kelab-kelab atau persatuan-persatuan sukan di peringkat Bahagian Samarahan yang sah di sisi undang-undang dan menjalankan sukan Bola Baling.

FASAL 7 DAFTAR KEAHLIAN

Setiausaha hendaklah menyimpan Daftar Keahlian yang mengandungi butir-butir seperti berikut :-

(a) Nombor Siri

(b) Tarikh menjadi ahli

(c) Nama penuh

(d) Tarikh & Tempat Lahir

(e) Nombor Kad Pengenalan

(f) Kerakyatan

(g) Pekerjaan & Alamat bekerja

(h) Alamat Tinggal

FASAL 8 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN-BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang hendak dibayar adalah seperti :-

Bayaran masuk …………………… RM 5.00

Yuran Tahunan …………………… RM 5.00

Yuran Seumur Hidup……………… RM 50.00

(2) Yuran Tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu di dalam masa bermula Satu (1) Januari hingga 31 Januari tiap-tiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga tahun/bulan tidak dijelaskan akan menerima surat ingatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

(4) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula dan bayaran Penalti RM 15.00 bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.

FASAL 9 KEBERHENTIAN

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya, jika ada.

FASAL 10 PEMECATAN

(1) Seseorang ahli pada pendapat Jawatankuasa tidak menurut sebarang peraturan atau melakukan kesalahan tatatertib yang boleh merosakkan nama baik pertubuhan boleh diminta supaya berhenti daripada menjadi ahli pada bila-bila masa oleh Jawatankuasa.

(2) Seseorang ahli yang engkar berhenti daripada menjadi ahli sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa di dalam mesyuaratnya boleh dipecat daripada menjadi ahli dengan satu notis pemecatan yang dikeluarkan ke atas ahli tersebut. Notis itu hendaklah menyatakan sebab-sebab pemecatannya.

(3) Seseorang ahli yang dipecatkan daripada menjadi ahli menurut Fasal ini boleh merayu kepada Mesyuarat Agung atau pemecatannya siapa yang akan memberi keputusan yang muktamad.

(4) Mana-mana ahli yang telah dipecat tidak boleh diterima semula menjadi ahli dalam tempoh 1 tahun dari tarikh ia dipecatkan daripada menjadi ahli. Jawatankuasa boleh menimbangkan permohonan untuk menjadi ahli semula dengan syarat-syarat yang akan ditentukan.

FASAL 11 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan, pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

(2) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ialah seperti berikut :-

(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja pertubuhan di dalam tahun yang lalu;

(b) Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;

(c) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Juruaudit atau Juruaudit-Juruaudit untuk tahun yang akan datang.

(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(3) Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan, yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat dan panggilan untuk memberi cadangan-cadangan yang hendak dibicarakan dan cadangan-cadangan untuk meminda undang-undang hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha kepada tiap-tiap ahli tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat, dan pengumuman itu hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di alamat berdaftar pertubuhan.

(4) Cadangan-cadangan untuk dirundingkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar supaya sampai kepada Setiausaha tidak lewat 14 hari selepas penerimaan pengumuman mesyuarat.

(5) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan cadangan-cadangan berserta dengan Penyata Kira-Kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini hendaklah senang diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli dari amalat berdaftar pertubuhan.

FASAL 12 KUOROM DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah ahli-ahli yang layak mengundi atau dua kali ganda bilangan ahli-ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang ramai bilangannya hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kuorum untuk mesyuarat.

(2) Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

FASAL 13 MESYUARAT AGUNG KHAS

(1) Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan:-

(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli yang layak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

(2) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(3) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

FASAL 14 KUORUM DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KHAS

Fasal 11 berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika kuorom tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

FASAL 15 RANGKA PERINGATAN MESYUARAT

Setiausaha hendaklah menghantarkan kepada semua ahli salinan rangka perungatan tiap-tiap Mesyuarat Agung dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 16 JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-

Seorang Pengerusi

Seorang Naib Pengerusi

Seorang Setiausaha

Seorang Penolong Setiausaha

Seorang Bendahari

Pegawai Perhubungan

5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

(2) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli yang layak mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula.

(3) Setiap ahli Jawatankuasa dan setiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam pertubuhan ini hendaklah warganegara-warganegara Malaysia.

FASAL 17 FUNGSI JAWATANKUASA

(1) Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(2) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh 3 bulan dan 3 hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa besama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat.

(3) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

(4) Jika terdapat kekosongan atau perletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa maka Jawatankuasa bolehlah memenuhkan kekosongan itu dengan melantik mana-mana ahli untuk mengisikannya sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(5) Jawatankuasa boleh melantik kakitangan-kakitangan yang bergaji yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatankuasa sebarang kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan nama baik pertubuhan.

FASAL 18 TUGAS-TUGAS PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN

(1) Pengerusi, dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

(2) Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan.

(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.

(6) Pegawai Perhubungan bertanggungjawab mempromosi sukan Bola Baling kepada golongan belia di samping bertindak untuk berkempen mencari ahli-ahli dalam persatuan ini.

(7) Ahli-Ahli Jawatankuasa biasa lain hendaklah menjalankan tugas-tugas tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa.

FASAL 19 KEWANGAN

(1) Tahun kewangan pertubuhan bermula pada 1 Januari dan berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun.

(2) Wang pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan, termasuklah pelaburan atau hasil daripada perniagaan yang diluluskan oleh mesyuarat agung, belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan kakitangan yang bergaji tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukum di Mahkamah atau dibahagikan sebagai bonus atau dividen kepada ahli-ahli.

(3) Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 200.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama pertubuhan.

(4) Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama oleh Bendahari, Setiausaha dan Pengerusi.

(5) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

(6) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Juruaudit-Juruaudit mengikut Fasal 19, dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata Kira-Kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah boleh diperolehi untuk makluman ahli dari alamat berdaftar pertubuhan.

FASAL 20 AUDIT

(1) Seorang atau lebih yang bukannya pemegang-pemegang jawatan pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit atau Juruaudit-Juruaudit. Ia/Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

(2) Juruaudit atau Juruaudit-Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa Kira-Kira pertubuhan bagi setahun, dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Ia/Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa Kira-Kira pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan ia/mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 21 PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DI BAWAH SEKSYEN 9(B) AKTA PERTUBUHAN, 1966

(1) Tiga pegawai yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dan berusia lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi maksud Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan, 1966.

(2) Mereka hendaklah memegang jawatan mereka sehingga tempoh bagi mereka memegang jawatan berakhir di Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan mereka layak untuk dipilih semula.

(3) Pegawai-pegawai yang dilantik di bawah undang-undang ini hendaklah mengurus harta tetap pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh mesyuarat agung tetapi semua harta tetap pertubuhan hendaklah didaftar atas nama pertubuhan.

(4) Mereka tidak boleh menjual, mencagar, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.

(5) Seorang pegawai yang diperakui boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana sakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letakan jawatan atau pembuangan bagi seorang pegawai yang diperakukan sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh mesyuarat agung khas yang diadakan untuk tujuan tersebut.

FASAL 22 JAWATANKUASA KECIL

Jawatankuasa adalah berkuasa melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil bagi menjalankan urusan-urusan pertubuhan yang mana difikir patut dan memberi kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil kuasa-kuasa tertentu yang diberi dan membatalkan semua perlantikan-perlantikan tertentu. Mana-mana Jawatankuasa Kecil yang dilantik hendaklah, dalam menggunakan kuasa-kuasa yang diberi, patuh kepada mana-mana peraturan yang dikenakan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.

FASAL 23 PERATURAN-PERATURAN ( Regulations )

Peraturan-Peraturan ( Regulations ) boleh dibuat untuk perkara-perkara yang tertentu asalkan tidak bertentangan dengan undang-undang ini. Sesuatu peraturan yang dibuat hendaklah mendapat kelulusan dari mesyuarat agung sebelum ianya dikuatkusakan.

FASAL 24 PENASIHAT-PENASIHAT DAN PENAUNG-PENAUNG

Penasihat-penasihat/penaung-penaung pertubuhan boleh dilantik di dalam mesyuarat agung atas cadangan Jawatankuasa.

FASAL 25 KEROSAKAN/PEMINDAHAN HARTA PERTUBUHAN

(1) Mana-mana ahli pertubuhan memecah atau merosakkan mana-mana harta pertubuhan hendaklah membayar harga bagi membaiki atau menganti harta itu, jika dipinta berbuat demikian oleh Jawatankuasa.

(2) Buku-buku, majalah-majalah, surat-surat khabar atau mana-mana harta pertubuhan tidak boleh dipindah daripada pertubuhan dengan tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa.

FASAL 26 LAPORAN TAHUNAN

Setiausaha hendaklah menghantar laporan tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan dengan menggunakan borang yang ditentukan dalam tempoh 60 hari setelah mengadakan mesyuarat agung tahunan.

FASAL 27 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

Di antara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

FASAL 28 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Pengubahan-pengubahan dan pindaan-pindaan kepada undang-undang hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai dari tarikh ianya diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 29 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS

(1) Mana-mana penuntut universiti atau kolej tidak boleh diterima menjadi ahli kecuali telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib-Censelor universiti berkenaan.

(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba, manghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

(3) Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah diberi oleh pertubuhan kepada mana-mana ahli.

(4) Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam pertubuhan menjadi penasihat atau pekerja pertubuhan jika ia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966.

(5) Pertubuhan tidak boleh membenarkan tempatnya sebagai tempat perjudian atau sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

FASAL 30 PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubar dengan sukarela berdasarkan satu usul yang tidak kurang dari tiga-per-lima (3/5 ) dari jumlah keahlian yang layak mengundi di dalam mesyuarat agung ahli-ahli yang dipanggil khas untuk tujuan tersebut.

(2) Sekiranya pertubuhan ini dibubar berdasarkan kehendak di atas, semua hutang dan tanggungan pertubuhan ini yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelas sepenuhnya dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung ahli-ahli.

(3) Keputusan mengenai pembubaran seperti yang tersebut di atas hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran.

…………………………. ………….........…………………………

(MOHD HAMAMI BIN SLLEH ) (NOORSALEHAN BT NOOR))

Pengerusi Setiausaha