Dilema Bola Baling Sarawak....dari editor
Perkembangan Bola Baling Sarawak secara lintas tampak kemajuan, namun tidak memperlihatkan hala tuju yang jelas, berkemungkinan faktor sukan ini bukan sukan utama, lantaran itu usaha untuk memajukan sukan ini amat perlahan. Tidak dinafikan terdapat usaha yang kuat khususnya guru-guru sarawak yang gigih melatih pelajar-pelajarnya ke tahap yang lebih baik. Namun usaha mereka tidak dapat diteruskan ke tahap yang lebih tinggi kerana ketiadaan tempat untuk bergantung.
Sarawak mempunyai Persatuan Bola Baling Sarawak untuk memperjuangkan sukan Bola Baling. Pada awalnya persatuan ini memperlihatkan harapan kepada sukan Bola Baling, namun usaha persatuan ini agak perlahan kerana pergantungan kepada kelompok pasukan di sekitar Kuching. Justeru itu, persatuan diseru melebarkan sayapnya ke bahagian lain dengan lebih berani. Usaha yang boleh dibuat oleh persatuan menubuhkan cawangannya ke setiap bahagian di Sarawak supaya setiap cawangan akan bergerak sendiri dan akhirnya akan mempercepatkan sukan Bola Baling.
Dari segi tenaga penggerak kepada kemajuan sukan Bola Baling telah mencukupi. Semua bahagian telah mempunyai tenaga pakar dalam sukan ini. Malah terdapat pegawai yang telah mempunyai sijil kejurulatihan dan kepengadilan yang diiktiraf. Sudah tentu persatuan akan mendapat sokongan padu dari semua cawangan.
Dalam pada itu cawangan akan bertindak membentuk organisasi sendiri di bawah Pentadbiran Persatuan Bola Baling Sarawak. Maka cawangan akan dapat memperkukuhkan kewangan persatuan. Dengan itu cawangan akan dapat menganjurkan lebih banyak pertandingan dan akhirnya kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Negeri Sarawak akan mendapat sambutan dan kejohanan itu lebih berprestij.
Alahai Bola Baling 2010
Ke mana agaknya
Terima Kasih kerana melawati laman ini...
0 comments:
Post a Comment